Saturday 24 February 2018

RAHSIA YOUTH SKINCARE YANG PERLU KORANG TAHU!

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Hari ni mai dah teruja habis mengira hari untuk sampai ke bulan March. Duk tunggu-tunggu My Shaklee Youth nak release untuk customer. Dah ramai dah customers yang duk booking pre-order youth. 

Yela mana tak ramai weh, dari kajian 100 orang yang terawal di uji untuk menggunakan YOUTH, 100 orang tadi telah mendapat kesan yang super duper awet muda. Memang super awesome sangat Youth skincare.

Hat yang takot-takot nak makan vitamin untuk kulit cantik,korang tok sah risau dah. My Shaklee Youth ada untuk korang.Skincare bervitamin uolls.

Membebel banyak pulak kang mai ni hik

So apa kata kita dengar apa yang leader RYG duk sembang pasal Youth Skincare ni. Apa yang specialnya YOUTH skincare untuk kita.



Dah dengar dah?

Nak pre-order sekarang?

Jom contact mai di 019-9859490

1 March kita pos out untuk korang!


XOXO
Maisarah



Friday 23 February 2018

TAK SEMUA REZEKI KITA HAK KITA

Syukur dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah.

Belajar memahami dalam rezeki kita,ada hak orang lain jugak.

Bersedekahlah, tambah-tambah untuk family sendiri.

In sha Allah,mudah-mudahan semakin banyak nikmat rezeki yang diberikanNya.

Semoga korang pon dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Aamin ❤



Thursday 22 February 2018

YOUTH SKINCARE : KENAPA TAK LENGKAP TANPA SERUM?

Assalamualaikum.Hi korang ❤

korang nak tips kulit cantik tak?Selain dari telan collagen,vitamin C semua.Skincare apa korang pakai?Ada pakai serum tak?

Dah cuci elok,kulit pon nak rasa di sayangi dan dimanja.Kata nak kulit cantik kan. Dap dap dap serum dua kali sehari pon dah mampu buat kulit cantik tau.

Dulu mai pon pemalas jugak bab jaga kulit ni.Ingatkan cuci muka dah cukup dah.Tapi silap pulak daa. Padan la kulit tak secantik yang lain tau.Rupanya mai tak pakai serum!

Serum ni umpama korang baja kulit korang lah.Macam pokok,nak hidup sihat,kita bagi baja kan. Macam tu jugak dengan kita apply serum di muka hik.

Tapi hari ni mai bukan nak bebel dekat korang tau pasal tak pakai serum haha.

Mai just nak share serum paling ramai orang tak sabar nak cuba ni.

Tak lain tak bukan Youth Activating Serum!


Kenapa mai kata ramai orang dah tak sabar nak tunggu Youth Skincare ni.

Tambah-tambah serum dia ni.

Sebabnya Youth activating serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal tau.

Youth Activating Serum terdiri daripada campuran vitamin, polifenol, dan youth complex. Ia menggalakan penghasilan kolegan dan pembaharuan pada peringkat sel, buatkan kulit lebih anjal, sihat dan muda remaja. 

bahan utama serum haruslah berasaskan tumbuh-tumbuhan jugak.Takda campur tangan binatang tau.Tapi Youth complex tu apa mai? Ok, youth complex ini terdiri daripada apple cell, lotus japonicus dan vitamin A.

Best tak best?

Nak kulit cantik dan muda berbanding usia sebenar,Serum jangan lupa pakai tau.

Kalo berkenan dengan YOUTH SKINCARE,jangan lupa dapatkan YOUTH bulan depan.

Tak lama dah siket aje lagi.

Takot korang tak sempat?

Jom whatsapp mai untuk PRE-ORDER YOUTH SKINCARE.

Special special untuk korang nak kulit cantik dan awet muda ❤

Nak order?

whatsapp sini 019-9859490


Tuesday 20 February 2018

CUKUP MAKAN PON LETIH JUGAK?

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Ni hari ni dah makan belom?.Dah makan patotnya bertenaga la yea dak?Ni tak, tetap letih teramat. Stress pon cepat datang bila badan terlampau penat.

Makan dah cukup,tapi still penat tu,korang cuba check kot kot badan banyak toksin.Makan cukup tapi tak berkhasiat.Tambah pulak tak bersenam.Lagi laa lemah gemalai badan tu.

So macam mana nak buang toksin dalam badan?Semestinya lah DETOX. Tapi detox tu apa?

Meh sini mai explain siket tentang DETOX.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksin yang terdapat dalam badan manusia.

Dan detox jugak adalah proses normal dari tubuh untuk membuang atau meneutralkan racun atau toksin melalui usus besar,hati , ginjal, paru-paru ,limpa dan kulit.

Dari mana datangnya toksin mai?

.
.



Lima faktor yang kita kena ambik kira dari mana datangnya toksin.Zaman sekarang bukan macam dulu.Zaman dah berubah. Dan gaya hidup pon berubah. Bukan kata gaya hidup je,faktor alam sekitar pon berubah uolls.

Dan dengan DETOX jugak, korang mampu untuk 

1. Kurangkan berat badan.

2. Meningkatkan tenaga.

3. Elakkan sembelit (usus yang sihat)

4. Mengurangkan keinginan (nafsu makan yang berlebihan) 

5. Kulit yang lebih sihat.

6. Mengurangkan stress.

7. Menguatkan sistem imun badan.

8. Tidur yang lebih baik & berkualiti.

Banyak kan?

So mari DETOX kan badan untuk lebih sihat dan cergas!

Mai ada cara mai sendiri untuk detox badan selain dari bersenam dan kurangkan pengambilan faktor-faktor yang mengundang toksin dalam badan.

Nak tahu?

tunggu next entri tau.Sayang ciket!

XOXO
maisarah

Monday 19 February 2018

BONGKOK TIGA SEBELOM USIA TUA

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Siapa sini penggemar susu?Angkat tangan oppss jangan angkat tinggi tinggi depan PC atau handphone,nanti orang kata giler pulak hik.

Mai salah sorang yang tergolong dalam golongan bukan penggemar susu. So memang akan meloya la kalo minum.Silap hari bulan tak sempat masuk perut,mai dah muntah dulu.

Tapi kalo dah tak minum susu?Mana nak datang sumber kalsium dalam badan kan.Susu tak minum,makan badam pon tak.Haa cakap mai,tak kan nak bongkok tiga sebelom tua baru nak berlari minum susu kan.Sedih sangat hidup kan.

Tapi mai takda lah nak putus asa.Tak sanggup rasanya jadi nenek bongkok tiga sebelom tua.I is serammm.So bermula lah sesi pencarian sumber kalsium mai.

Dan akhirnya tadaaaa mai jumpa ni
.
.
.


sumber kalsium mai dalam versi tablet. Senang sangat bukak tudung botol dan telan.Setel masalah dunia mai tau.

Kenapa mai pilih Ostematrix berbanding pil kalsium yang lain?

Ni haa sebab ni lah korang


1 tablet mengandungi 250 mg kalsium dan 100 mg magnesium sebagai bahan utama.

So sehari mai consume 4 tablet. Cukup keperluan seharian kalsium yang mai perlukan. Bangun pagi pulak senang betol ke toilet.Dah takda dah sesi bertapa pagi-pagi dalam toilet hik.


Selain dari senang ke toilet tanpa sembelit,nah mai listkan segala kebaikan ostematrix untuk korang. So kena sayang mai lebih tau ;P

Kelebihan Ostematrix antaranya ;-

🌷Membekalkan kalsium dan magnesium yang cukup untuk ibu dan bayi dalam kandungan. 

🌷Mencegah dari awal masalah osteoporosis 

🌷 Membantu dalam pembetukan tulang, kuku dan gigi yang kuat

🌷 Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas.

🌷Membantu  melegakan sembelit dan melembutkan najis.

🌷Membantu masalah sakit tumit kaki dan pecah pecah.

🌷 Membantu mengatasi migrain.

🌷Membantu mengurangkan sakit ketika haid

Banyak tak banyak?Banyak kan.So memang untung sangat consume ostematrix ni.Satu botol pon paling tahan bagi mai sampai 1- 2 bulan penggunaan tau.

korang nak dapatkan ostematrix dengan super jimat?

Boleh whatsapp mai untuk lebih details.

Pandai bodek harga super kasih sayang mai kasi tau hik ;p

019-9859490




XOXO
Maisarah


Sunday 18 February 2018

ANDA ADA TANDA KEKURANGAN COLLAGEN TAK?

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Korang pernah rasa atau ada tanda-tanda seperti di bawah tak?

Haa cuba check kot-kot ada kan.

Image may contain: one or more people and text


Rambut menjadi kering dan bercabang serta gugur

Garisan halus,liang pori roma besar,kulit kendur dan kulit kusam

kulit berjerawat,jeragat dan pigmentasi

kuku rapuh,mudah patah dan warna kekuningan

otot payudara dan punggung terasa kendur

atau

kulit hilang anjal,lebih kering dan nampak tua dari usia sebenar?


Ada 6 tanda penuaan yang selalu kita abaikan. Jangan korang tak tahu yea,badan kita akan kekurangan collagen bila usia makin meningkat.

Yela kadang terlampau busy sampai tak sempat nak menilik muka di cermin.Sedar-sedar bila orang tersayang mula tegur perubahan yang sedang kita alami.Time tu mula la gelabah biawak weh hik

Tapi mai ada rahsia untuk korang supaya tak gelabah biawak bila ada tanda-tanda seperti dekat atas tu.

.
.
.
.
tadaaaaa

Image may contain: text and outdoor

tak caya ke weh collagen ni mampu buat korang bertukar dari gelabah biawak ke mood cun melecun?

apa tak caya?

nak tengok kak inat kita ni.Testimoni bergerak weh.Rugi tak cuba.

Image may contain: 2 people, closeup and text

Sebab mai dulu pon berkira-kira jugak.Tapi bila tengok testimoni bergerak terus rasa tak menyesal beli.Tambah mai pon dah rasa sendiri bertapa bestnya collagen dari shaklee ni.

So korang yang berminat nak cuba collagen meh cuba sekarang. Collagen tengah promo tau. Nak lagi best jom daftar ahli.Lagi jimat berganda.

Rugi rugi rugi kalo tak rembat barang promo.

Boleh whatsapp mai untuk pertanyaan yaa.



XOXO

Maisarah














Saturday 17 February 2018

TIPS MURAH REZEKI

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Ke mana cuti panjang tak berapa nak panjang ni?hik Mai pulun duduk rumah sajo.Tak bercuti ke mana pon.Balik kg jauh pon tak.Kg dekat setiap minggu balik ;p☺ Takpa nanti orang tak pulun balik kg,kita pulun balik kg. Kurang siket jam atas jalan raya kan.hik

Ni haa saje mai share dengan korang satu cerita.Dan rasanya semua orang tahu kan.Tips murah rezeki.Mai pon kekadang boleh tahan lupa jugak.Tapi takpe,mai share dengan sini.Mana la tahu jadi saham buat perjalanan mai nak bertemu dengan Allah nanti ☺

Pernah tak korang rasa keadaan yang mana selepas gaji masuk beberapa minit,lepas tu tolak hutang segala jenis komitment,tinggal semput semput je balance duit sementara nak tunggu next gaji.Pernah kan?Kadang boleh pening memikir macam mana nak hidup zaman sekarang kan.

So sini mai nak share sedikit tips murah rezeki tanpa di sangka-sangka.

❤ Sentiasa mendoakan ibu bapa 

Paling senang sangat nak buat.Lepas solat amalkan niat sedekahkan al-fatihah buat kedua ibu bapa dan mentua.Doakan mereka sihat dan semoga Allah berikan kita peluang lebih lama untuk rasa kasih sayang mereka.Kadang hidup mai pon biasa biasa saja,dulu pon lalai jugak.Selalu lupa nak doakan mereka.Tapi sejak berada dalam circle yang positive terutama ketika berada dalam group RYg dan W&G,masing-masing saling ingat mengingati untuk tidak lupa akan doa buat ibu bapa.Dan paling tak di sangka,datang sesusah mana pon dugaan dan ujian dari Nya, in sha Allah segala pertolongan datang asbab kita mendoakan kedua ibu bapa dan mentua.

❤ Asingkan sedikit belanja untuk ibu bapa

Sesusah mana pon kita,even hanya mampu bagi RM50 pon. Bagi saja buat ibu dan bapa. Sambil sambil mintak doa mak ayah moga kita dimurahkan rezeki supaya dapat berikan ibu bapa kita elaun lebih setiap bulan. Mai pernah saja ketika awal mula berkerja,yela dengan sewa rumah,kereta,makan minum,saving lagi,tetap usahakan untuk spend sedikit buat mereka.Lepas tu tenung aje duit dalam account sampai hujung bulan haha. Alhamdulillah, Allah mudahkan rezeki mai untuk cukup segala keperluan sampai hujung bulan.

❤ Sedekah

Sedekah yang lebih baik adalah dahulukan kepada ahli keluarga kita yang susah. Adik susah tolong,kakak susah tolong.Mudah-mudahkan Allah limpahkan rezeki lebih buat tangan yang memberi. Satu kita bagi orang,sepuluh Allah bagi balik dekat kita. In sya Allah.

❤ Bayar hutang

Bayar hutang Allah lancarkan rezeki buat kita.Biar susah kerana bayar hutang,jangan senang tapi hutang makin bertimbun. hik

Rasanya cukup la dulu empat tips mai share dengan korang.Ini lah yang selalu mai buat ketika semput-semput dulu haha.Tapi sekarang pon buat jugak tau.Jangan susah je ingat Tuhan. Time senang buat-buat lupa ek.

Dan alhamdulillah sedikit demi sedikit takda senang tapi takda la sesusah dulu. Alhamdulillah jugak, Allah temukan mai dengan bisnes yang bantu mai lebih dekat dengan Nya. Poket pon tak kempis dan mampu nak bagi arwah mak dan ayah lebih. Alhamdulillah.

oh yaa korang,mana yang sedang mencari side income tapi tak tahu nak buat apa,Jom bisnes dengan mai. Tak pandai bisnes? Takpa semua kita ajar A to Z.Tingal korang je kena rajin usaha.Malas usaha nan hado nak poket kepuk-kepuk. Group RYG dan W&G memang aktif tau penuh dengan kelas.Baru la kita tak terkapai-kapai berbisnes.

Nak berbisnes dengan mai?

Jom whatsapp mai cepat di 019-9859490

Jom bayangkan extra income dalam account setiap bulan!



XOXO

Maisarah 








Thursday 15 February 2018

UMPAMA CUCI MUKA DI SPA


Assalamualaikum.Hi korang ❤

Hari last berkerja cuolls minggu ni,lepas tu cotiiii hik.Korang balik kg tak?
Mai balik,balik kg dekat aje kita heee.Korang balik kg jangan lupa pencuci muka tau.Bawak balik sekali pencuci muka tu, baru la terjaga kulit.Kata nak kulit cantik kan.Harus lah rajin.

Mai terpaling suka part mencuci muka tau.Penat bekerja seharian,balik muka berminyak weh.Geram je rase.Rasa nak perah perah je.Tapi lepas cuci muka,ahh lega.Macam cuci muka dekat SPA pulak perasaan dia.

Tambah-tambah ni haa guna pulak Shaklee Youth Luminous Gel Oil Cleanser.Memang heaven oii rasa dia.Muka lembut bersih macam kulit baby dah rasa.

.

.


korang tahu tak apa kelebihan Shaklee Youth Luminous Gel Oil Cleanser nie?Meh mai cerita siket meh. Kelebihan Youth seharusnyalah dari segi bahan yang terkandung dalamnya kan.Jom kita lihat apa dia Youth skincare ni.


Vital Repair+® Complex 

Dalam youth ada Vital Repair Complex+® .Ia mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Ekstrak anggur muscadine 

Polifenol Muscadine Grape yang bertindak melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.


Teknologi kompleks alga hijau untuk pengelupasan


Youth Complex

YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

Best tak best?Tengok ingredient pon dah menawan hati kan.Semua based on tumbuh-tumbuhan.Tak ada campur tangan binatang pon hik

Setiap produk YOUTH memang dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai kesan penuaan kulit.

Dan yang paling penting tiada bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan wanita mengandung.

Asik cerita pasal ingredient aje kan.Moh kita share cara nak guna Shaklee Youth Luminous Gel Oil Cleanser. Cuci muka sehari 2 kali aje tau.Jangan nak melebih pulak.Kang habis hilang lembapan kulit korang. So kita cuci muka satu siang dan satu malam.

First step harus lah picit tiub pembersih muka dan  ambil sebanyak saiz 1 biji kacang peas di atas belakang tangan.

Jangan picit  terlalu banyak  macam ubat gigi tu tau. Membazir oiii.Sayang pulak cleanser tu.Siket aje pon dah cukup untuk cover satu muka.

Seterusnya,gosok perlahan-lahan sehingga menjadi lapisan yang nipis dan ringan ke muka kita.

Setelah rata, bilas muka dengan air secara teliti.

Tadaaaa siap pon cuci muka dengan step paling simple.

Oh yaa Shaklee Youth ni akan berada di pasaran start bulan depan tau.So korang dah boleh nak start pre order.Jom sama-sama be YOUTH!


YOUTH.Look Younger Longer

Pre-order Youth

Whatsapp mai di

019-9859490


See u again

XOXO
Maisarah




Monday 12 February 2018

HARI YANG CERIA SEPANJANG HARI BERMULA DENGAN?

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Macam mana hari isnin korang?Best ke tak?Atau pagi-pagi pon dah bad mood?

No no no jangan begitu.Silap hari bulan kedut-kedut halus dah mula munculkan diri.Kesian tau korang bila orang ingat kita tua dari usia sebenar.Kang sentap tak memasal hik

Orang selalu kata hari yang ceria sepanjang hari bermula dengan breakfast yang mengembirakan hati kita.Yup yang ni memang mai setuju sangat tau.Mai sendiri pon kalo boleh setiap pagi wajib breakfast.Tak tinggal kalo tak boleh bertukar jadi singa jadian uolls 


Breakfast yang terpaling mai suka setiap pagi dan tak pernah jemu,ESP.Bermacam resepi mai cuba.Dan tak pernah tak sedap.Semua sedap dan mengenyangkan.GI rendah pulak tu.Memang boleh kurus jika korang betul-betul.Tak caya?next entri mai tunjuk ok.

But now,mai nak share satu resepi ESP yang best sangat.Sampaikan mai tak boleh miss breakfast simple dan cepat  macam ni.

Jom kita tengok step by step ok.


Resepi Strawberry ➕ Esp shaklee 

Bahan-bahannya :

✅ 3-5 biji buah strawberry 
✅satu kotak susu low fat atau full krim ( mana2 yang korang suka 
✅3 scoop Esp shaklee 

Cara-caranya :

✅ Campurkan kesemua bahan tadi di dalam blender 
✅Tambahkan beberapa ketul ais kiub
✅bland kan sehingga hancur 

Senang kan?tak sampai 5 minit pon nak prepare.Boleh breakfast on the go dalam kereta semasa pergi kerja dan sebagainya.

Kenapa mai campur dengan ESP?

Sebab esp sumber protein yang mengenyangkan dan boost energy mai untuk aktiviti seharian.

ESP sesuai untuk siapa mai?

✅Untuk mereka yang sedang menurunkan berat badan
✅Mereka yang sedang ikthiar hamil
✅Ibu ibu yang sedang pantang bersalin
✅mereka yang nak kulit flawless


So korang wajib cuba tau resepi breakfast yang mudah dan senang sangat ni.

Takda ESP?

Jom order sekarang dengan mai.

Dengar kata mood mai tengah baik nak bagi offer best best untuk korang.

Do whatsapp me ok!

019-9859490

XOXO
Maisarah

Friday 9 February 2018

TIPS JERAWAT CEPAT KECUT DENGAN

Assalamualaikum.Hi korang!❤

Sihat ke idok?mai alhamdulillah sihat.Tapiiii sekarang ni duk tengah macam nak karate cermin bila duk nengok muka yang banyak jerawat kecik tumbuh

Tapi takpe kita biar dulu dia bersuka ria.Satgi kita perang habis habisan tau.

Mai ada rahsia nak bagitahu korang ni.Rahsia yang ramai pompuan suka tau.Nak tahu tak?

Nak??

Ok ok meh mai bagitahu sekarang.Rahsia yang mai simpan selama ni.Rahsia yang buat jerawat mai cepat kecut tanpa mai risau nak tutup muka bila keluar.

Tadaaaaaa

.

.

.





Hanya dengan vitamin C uolls.Sama ada makan atau di buat masker.Tapi kali ni mai nak share tentang masker vitamin C yang mai selalu buat tu.Senang sangat.Pejam mata pon boleh 

So jom mai explain cara-cara mai buat masker vitamin C.

✅Make sure sebelom bermasker,cuci muka bersih bersih dulu tau.

✅Ambil sebiji vitamin C

✅Patahkan vitamin C kepada 2 bahagian dan hancurkan didalam piring.



✅Masukkan air lebih kurang 1 sudu dan kacau.



✅Biarkan dahulu dalam 3 hingga 5 minit sampai kembang.



✅Sapukan pada seluruh kawasan muka yang telah dibersih dan dikeringkan terlebih dulu.

✅Tunggu masker kering dalam 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air bersih.

Sekian tips dari mai untuk korang.Sekejap je tau kita ambil masa untuk jaga kulit kita.Kata nak kulit cantik dan sihat.Kena rajin siket ok?

Memang jatuh hati habis laaa dekat masker vitamin C ni.

Selain dari jerawat cepat kecut,manfaat lain pon ada tau. antaranya

❤Tegangkan kulit muka.

❤ Cerahkan wajah.

❤Bantu rangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit.

❤Segarkan wajah.

❤Bantu hilangkan kesan parut.

Banyak kan?best tak best?

Mai paling suka vitamin C shaklee.Makan pon best.Boleh buat masker pulak tu.
Jimat sangat tau.2 dalam 1.

Harga?haruslah best.Lebih jimat & murah sebab satu botol 6 bulan baru habis tau.
Tak yah setiap bulan nak beli sentiasa.

So habis sudah tips kali ni.Thank you korang sudi baca.Harap bermanfaat untuk korang jugak yea.Nantikan tips lain dari mai pulak.

Xoxo
Maisarah 

Thursday 8 February 2018

NEW BABY IN THE HOUSE! MY SHAKLEE YOUTH


Assalamualaikum. Hi korang!

Ada yang dah tahu belom?Ke buat-buat tak tahu ni hik3.

Ada benda best tahu mai nak share dengan korang.Memang best sangat.

Nak tahu tak?

.
.
.
.
.
Tadaaaaaaa

kenalkan #MyShakleeYouth skincare.




Youth skincare dikeluarkan untuk menggantikan nutriwhite skincare yang orang duk sedap pakai tu.

Mulanya mai sedih jugak tau,sebab baru je rasa ke best an nutriwhite skincare,sekaliii discontinued pulak dah.

Tapi rupa-rupanya,shaklee nak bagi yang lagi baik untuk pengguna mereka.

8 Tahun tau korang, shaklee buat research nak keluarkan seketul skincare ni.Bukan sebarangan product tau.

Sesuai sangat dengan mai serba cerewet dalam pemilihan product yang mai guna.

Jom mai share serba sedikit pasal My Shaklee Youth 

100% natural dan diperbuat dari tumbuh-tumbuhan


 bebas dari 2500 harmful and questionable ingredients


Dan yang paling best, 100 orang yang menjadi pengguna terawal semuanya mendapat kesan keremajaan kulit tau!

Best gilerrr!

Tak sabar kan nak dapatkan untuk diri sendiri.

Sabar tau bulan depan Shaklee open untuk customers.

Bulan Februari hanya untuk ahli shaklee yang berdaftar.

So korang berminat,boleh roger mai okeh.

kita pre order siap-siap.

bulan depan terus perang berebut youth

Jom Whatsapp mai sekarang

www.wasap.my/60199859490 





TAK BOLEH NAK WORDLESS WEDNESDAY SANGAT LAH

Assalamualaikum.Hi korang! Rindu betol nak berblog ni.Bersawang sana sini since mai pon senyap.Ambek masa nak bertenang selepas ujian d...