Wednesday 1 August 2018

TAK BOLEH NAK WORDLESS WEDNESDAY SANGAT LAH

Assalamualaikum.Hi korang!

Rindu betol nak berblog ni.Bersawang sana sini since mai pon senyap.Ambek masa nak bertenang selepas ujian datang bertimpa-timpa.

Start dengan arwah mak mai pergi sampai ke arwah mak mentua mai.Sekejap je.Tak sampai dalam setahun,mai hilang kedua-duanya.

Sedih?eh haruslah sedih.Mak kot.Mak mentua pon sedih sebab memang rasa sangat hilangnya.Dua-dua memang rajin naw naw layan bersembang.Even hal kerja pon boleh share tau.

dah dah mai taknak sedih-sedih.Move On.Bangkit mulakan balik apa yang mai suka.

Eh of course la bisnes.

Mai masih bisnes tau korang.Kali ni mai nak pulun kaw-kaw.
Nak tolong orang lain jana income jugak.

So dengan lafaz bismillah

Hi,saya maisarah. Boleh panggil cikmai!
Pengedar Sah Shaklee anda.
Agent sah dibawah bimbingan W & G dan RYG.
Nak risik-risik product shaklee boleh contact mai di no yang tertera di bawah

019 -9859490

Oh yaa,siapa yang berdekatan nilai,labu ,kota seriemas,bandar enstek ,seremban dan seremban 2,boleh roger2 mai untuk dapatkan product shaklee.

Nak COD pon boleh yea.



oklah babai ;)



Thursday 22 March 2018

ARGH MIGRAIN LAGI!

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Sihat ke dak hari ni?Korang musim panas tau sekarang.Jaga -Jaga tau.Kerapkan minum air.

Panas-panas macam ni orang yang salu atau kerap kena migrain,kena extra care tau.Jangan terlalu terdedah dengan cuaca matahari.Silap hari bulan migrain sampai pengsan pon boleh tau.

Korang tau tak migrain tu apa?

tak tahu atau kurang pasti?Takpe meh sini mai terangkan siket.

✅Migrain dikenali sebagai vascular headache.

✅ Migrain adalah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi di sebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia otak.perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut,loya dan pening.

✅Sakit kepala yang berlaku berulang,berdenyut-denyut selalu terjadi sebelah kepala sahaja.

✅Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.




Kerap sangat terjadi migrain.Kadang orang tak tahu pon apa penyebabnya.Ada yang tahu tapi kurang ambil cakna orang ganu oyak hik ;p

Cuba korang check faktor dekat bawah ni,boleh jadi faktor dekat bawah ni penyebab korang selalu migrain.

✅makan makanan yg tinggi kandungan MSG,MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.

✅Amalkan ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu.Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen.Ini boleh menyebabkan migrain.

✅kerap minum minuman berkafein.kafein menyebabkan penyempitan salur darah dlm badan.

✅ Stress , ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.

✅Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yg terlalu kuat

✅ Waktu tidur yang tidak menentu,tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dlm badan.

Agak-agak korang ada tak?

Kalau yea,take care yea! Elakkan faktor-faktor yang korang rasa yang jadi penyebab migrain.

Migrain selalu pon tak elok jugak.Risau jadi punca penyakit lain pulak nanti.

Take care korang ! ❤



Loves,
Maisarah 

Saturday 17 March 2018

KENAPA GASTRIK SELALU TERJADI?

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Rindu aih nak menulis dekat blog kesayangan ni.Maklum la minggu ni agak busy siket di tempat kerja.Balik pon mata dah rabak.Terus kecundang ko 😂Weekend ni mai qada balik la yea apa yang mai nak share dekat korang.

Haa korang pernah kena gastrik?Berapa kerap korang salu dapat gastrik tu?Dan apa punca nya?

Apa takda jawapan.Jawapan kurang pasti?Alah takpe kita belajar ok.Tambah ilmu siket.Zaman nak kena jaga kesihatan lebih sekarang ni tau.

Ok jom kita tengok apa itu GASTRIK?

Gastrik adalah keradangan di bahagian perut disebabkan oleh jangkitan bakteria atau penggunaan ubat anti keradangan dalam tempoh yang lama.

Namun begitu terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan sakit gastrik seperti penyakit autoimun, Crohns disease dan lain-lain penyakit.

Haa korang kalo rasa-rasa ada tanda seperti di bawah

✅Sakit dibahagian abdominan

✅Rasa ingin muntah, loya

✅ Muntah muntah

✅Pedih didalam perut

✅Rasa tidak hadam

✅Kurang selera makan

Dan kenapa GASTRIK terjadi?Rasa-rasa korang apa?

✅Selalu skip makan,atau terlupa nak makan dalam waktu masa yang panjang

✅Selalu amalkan makanan yang bergoreng,berminyak, dan pedas.

✅Heavy smoking

Hurm apa lagi ek?kalo ada nanti share ok dengam mai 😉

So bila dah terjadi GASTRIK ni,korang kena alert dengan kesihatan diri.Jangan nak abaikan masalah kesihatan sebelom penyakit menjadi lebih teruk.

Nah mai bagi beberapa cara untuk korang mengatasi masalah gastrik korang ok.

❤Elak makanan bergoreng, berminyak, pedas dan minum beralkohol

❤Banyakkan makan dan minum dari bahan makanan seperti yogurt, teh hijau, lobak merah, air kelapa dan halia.

❤Amalkan kebersihan tangan sebelum makan dan makan dan minum makanan yang bersih dapat elakkan dari sakit gastrik

❤Amalkan pemakanan yang sikit tetapi kerap

❤Jangan tinggalkan waktu makan utama seperti makan pagi, tengahari dan malam.

❤Berhenti dari tabiat merokok

❤Kerapkan minum air sejuk dan amalkan aiskrim.

Ok korang.Sekian sahaja info yang mai kongsi dengan korang. Jaga kesihatan jaga diri ok.

See you again 😘

TAK BOLEH NAK WORDLESS WEDNESDAY SANGAT LAH

Assalamualaikum.Hi korang! Rindu betol nak berblog ni.Bersawang sana sini since mai pon senyap.Ambek masa nak bertenang selepas ujian d...