Saturday 17 March 2018

KENAPA GASTRIK SELALU TERJADI?

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Rindu aih nak menulis dekat blog kesayangan ni.Maklum la minggu ni agak busy siket di tempat kerja.Balik pon mata dah rabak.Terus kecundang ko 😂Weekend ni mai qada balik la yea apa yang mai nak share dekat korang.

Haa korang pernah kena gastrik?Berapa kerap korang salu dapat gastrik tu?Dan apa punca nya?

Apa takda jawapan.Jawapan kurang pasti?Alah takpe kita belajar ok.Tambah ilmu siket.Zaman nak kena jaga kesihatan lebih sekarang ni tau.

Ok jom kita tengok apa itu GASTRIK?

Gastrik adalah keradangan di bahagian perut disebabkan oleh jangkitan bakteria atau penggunaan ubat anti keradangan dalam tempoh yang lama.

Namun begitu terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan sakit gastrik seperti penyakit autoimun, Crohns disease dan lain-lain penyakit.

Haa korang kalo rasa-rasa ada tanda seperti di bawah

✅Sakit dibahagian abdominan

✅Rasa ingin muntah, loya

✅ Muntah muntah

✅Pedih didalam perut

✅Rasa tidak hadam

✅Kurang selera makan

Dan kenapa GASTRIK terjadi?Rasa-rasa korang apa?

✅Selalu skip makan,atau terlupa nak makan dalam waktu masa yang panjang

✅Selalu amalkan makanan yang bergoreng,berminyak, dan pedas.

✅Heavy smoking

Hurm apa lagi ek?kalo ada nanti share ok dengam mai 😉

So bila dah terjadi GASTRIK ni,korang kena alert dengan kesihatan diri.Jangan nak abaikan masalah kesihatan sebelom penyakit menjadi lebih teruk.

Nah mai bagi beberapa cara untuk korang mengatasi masalah gastrik korang ok.

❤Elak makanan bergoreng, berminyak, pedas dan minum beralkohol

❤Banyakkan makan dan minum dari bahan makanan seperti yogurt, teh hijau, lobak merah, air kelapa dan halia.

❤Amalkan kebersihan tangan sebelum makan dan makan dan minum makanan yang bersih dapat elakkan dari sakit gastrik

❤Amalkan pemakanan yang sikit tetapi kerap

❤Jangan tinggalkan waktu makan utama seperti makan pagi, tengahari dan malam.

❤Berhenti dari tabiat merokok

❤Kerapkan minum air sejuk dan amalkan aiskrim.

Ok korang.Sekian sahaja info yang mai kongsi dengan korang. Jaga kesihatan jaga diri ok.

See you again 😘

No comments:

Post a Comment

TAK BOLEH NAK WORDLESS WEDNESDAY SANGAT LAH

Assalamualaikum.Hi korang! Rindu betol nak berblog ni.Bersawang sana sini since mai pon senyap.Ambek masa nak bertenang selepas ujian d...