Monday 5 March 2018

TIPS IKTHIAR HAMIL DARI DR HAMID ARSHAT

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Ada yang sedang ikthiar hamil di sini?Korang dah cuba tips-tips dari pakar sakit puan,Dr Hamid Arshat untuk ikthiar hamil?

Kalo belom,jom kita tengok apa tips-tips ikthiar hamil yang di kongsikan oleh Dr Hamid Arshat.

pemeriksaan doktor lebih awal

isteri yang mengalami masalah gangguan haid yang datang haid siket-siket atau berpanjangan boleh lakukan pemeriksaan awal dengan doktor pakar sakit puan untuk menentukan masalah haid korang.Senggugut yang teruk pon pergi check up.Mana tahu ada masalah lain yang kita tak tahu. Kadang-kadang masalah ketika datang haid nie yang mengganggu peluang korang untuk hamil.

✔ check up kesihatan bersama pasangan

mereka yang sedang  ber TTC,please lakukan check up kesihatan dan kesuburan bersama pasangan masing-masing. Check up sama ada ovum isteri berada dalam keadaan sihat atau tak, rahim berada dalam keadaan baik atau tak dan jugak kualiti sperm suami. Tak perlu salahkan sesiapa tapi kita usaha untuk meningkatkan peluang untuk hamil yea.


✔ waktu subur yang tepat

ada yang tak tahu nak check waktu subur tak? Untuk isteri yang mengalami pusingan haid yang teratur (28 - 30 hari dalam satu cycle period), waktu subur bermula dari hari ke 12 hingga hari ke 18. Nak senang korang boleh install period calendar di handphone masing-masing. Bagi yang mengalami period tak teratur pulak,sedikit kesukaran untuk mengetahui waktu subur korang. Tapi takpe,korang boleh cuba ovulation test untuk memudahkan korang tahu bila waktu subur korang.

✔ kerap berhubungan semasa waktu subur 

usahakan untuk kerap berhubungan semasa waktu subur sebab peluang untuk hamil tinggi masa ni tau. Boleh amalkan doa untuk mendapatkan zuriat dan amalan rohani yang lain supaya Allah makbulkan impian untuk memiliki zuriat sendiri.

✔ berada dalam keadaan tenang 

Elakkan stress dan sentiasa tenang untuk meningkatkan peluang untuk hamil. 

✔ kawal berat badan

dapatkan berat badan yang ideal. Hormon boleh terganggu bila berat berlebihan. Haa jangan kata habis dia tu gemuk boleh je mengandung. Jangan macam tu kawan. Mengandung ketika berat berlebihan pon ada risiko tau. Kita pon tak tahu apa yang orang lain lalui.So jangan compare dengan orang lain yea.

✔ makan makanan yang berkhasiat.

amalkan makanan segar dan jauhkan gula dan manisan.

✔ ambil vitamin 

amalkan multivitamin , Vit E dan folic acid untuk menghasilkan ovum yang sihat dan badan yang sihat sebelom hamil. Dan untuk suami boleh amalkan zinc dan selenium untuk meningkatkan kualiti sperm.


Cukup la dulu 7 tips untuk korang yang sedang ikthiar hamil.Jangan stress dan risau bila rezeki anak tak kunjung tiba. Allah lebih tahu bila keadaan yang sesuai buat kita. Doa banyak-banyak  dan nikmati kehidupan berdua sebelom bertiga.

selamat mencuba ❤




No comments:

Post a Comment

TAK BOLEH NAK WORDLESS WEDNESDAY SANGAT LAH

Assalamualaikum.Hi korang! Rindu betol nak berblog ni.Bersawang sana sini since mai pon senyap.Ambek masa nak bertenang selepas ujian d...