Thursday 22 March 2018

ARGH MIGRAIN LAGI!

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Sihat ke dak hari ni?Korang musim panas tau sekarang.Jaga -Jaga tau.Kerapkan minum air.

Panas-panas macam ni orang yang salu atau kerap kena migrain,kena extra care tau.Jangan terlalu terdedah dengan cuaca matahari.Silap hari bulan migrain sampai pengsan pon boleh tau.

Korang tau tak migrain tu apa?

tak tahu atau kurang pasti?Takpe meh sini mai terangkan siket.

✅Migrain dikenali sebagai vascular headache.

✅ Migrain adalah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi di sebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia otak.perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut,loya dan pening.

✅Sakit kepala yang berlaku berulang,berdenyut-denyut selalu terjadi sebelah kepala sahaja.

✅Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.




Kerap sangat terjadi migrain.Kadang orang tak tahu pon apa penyebabnya.Ada yang tahu tapi kurang ambil cakna orang ganu oyak hik ;p

Cuba korang check faktor dekat bawah ni,boleh jadi faktor dekat bawah ni penyebab korang selalu migrain.

✅makan makanan yg tinggi kandungan MSG,MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.

✅Amalkan ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu.Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen.Ini boleh menyebabkan migrain.

✅kerap minum minuman berkafein.kafein menyebabkan penyempitan salur darah dlm badan.

✅ Stress , ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.

✅Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yg terlalu kuat

✅ Waktu tidur yang tidak menentu,tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dlm badan.

Agak-agak korang ada tak?

Kalau yea,take care yea! Elakkan faktor-faktor yang korang rasa yang jadi penyebab migrain.

Migrain selalu pon tak elok jugak.Risau jadi punca penyakit lain pulak nanti.

Take care korang ! ❤



Loves,
Maisarah 

Saturday 17 March 2018

KENAPA GASTRIK SELALU TERJADI?

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Rindu aih nak menulis dekat blog kesayangan ni.Maklum la minggu ni agak busy siket di tempat kerja.Balik pon mata dah rabak.Terus kecundang ko 😂Weekend ni mai qada balik la yea apa yang mai nak share dekat korang.

Haa korang pernah kena gastrik?Berapa kerap korang salu dapat gastrik tu?Dan apa punca nya?

Apa takda jawapan.Jawapan kurang pasti?Alah takpe kita belajar ok.Tambah ilmu siket.Zaman nak kena jaga kesihatan lebih sekarang ni tau.

Ok jom kita tengok apa itu GASTRIK?

Gastrik adalah keradangan di bahagian perut disebabkan oleh jangkitan bakteria atau penggunaan ubat anti keradangan dalam tempoh yang lama.

Namun begitu terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan sakit gastrik seperti penyakit autoimun, Crohns disease dan lain-lain penyakit.

Haa korang kalo rasa-rasa ada tanda seperti di bawah

✅Sakit dibahagian abdominan

✅Rasa ingin muntah, loya

✅ Muntah muntah

✅Pedih didalam perut

✅Rasa tidak hadam

✅Kurang selera makan

Dan kenapa GASTRIK terjadi?Rasa-rasa korang apa?

✅Selalu skip makan,atau terlupa nak makan dalam waktu masa yang panjang

✅Selalu amalkan makanan yang bergoreng,berminyak, dan pedas.

✅Heavy smoking

Hurm apa lagi ek?kalo ada nanti share ok dengam mai 😉

So bila dah terjadi GASTRIK ni,korang kena alert dengan kesihatan diri.Jangan nak abaikan masalah kesihatan sebelom penyakit menjadi lebih teruk.

Nah mai bagi beberapa cara untuk korang mengatasi masalah gastrik korang ok.

❤Elak makanan bergoreng, berminyak, pedas dan minum beralkohol

❤Banyakkan makan dan minum dari bahan makanan seperti yogurt, teh hijau, lobak merah, air kelapa dan halia.

❤Amalkan kebersihan tangan sebelum makan dan makan dan minum makanan yang bersih dapat elakkan dari sakit gastrik

❤Amalkan pemakanan yang sikit tetapi kerap

❤Jangan tinggalkan waktu makan utama seperti makan pagi, tengahari dan malam.

❤Berhenti dari tabiat merokok

❤Kerapkan minum air sejuk dan amalkan aiskrim.

Ok korang.Sekian sahaja info yang mai kongsi dengan korang. Jaga kesihatan jaga diri ok.

See you again 😘

Friday 9 March 2018

KEKAL SEGAR WALAUPON BERPUASA

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Tak tak lama dah kan nak start berpuasa. Mai pon baru dah start berpuasa semalam. Ya tuhan,panas dahaga macam lembik pon ada yea. Nak cakap banyak pon takda mood sebab takot hilang tenaga hahaha .Tambah pulak musim panas sekarang,mudah sangat nak terdehidrasi.

Tapi mai bertabah hati sampai ke petang sebab teruja nak minum air best untuk kekal segar walaupon seharian berpuasa. Nak ganti balik bendalir yang hilang hari ni.Nak tahu tak air apa?

.
.

tadaaaaaa



Mujur lah selepas sahur,mai prepare siap-siap performance drink campur tembikai. Blend je terus. Taruk pulak dalam peti ais bagi sejuk. Time berbuka terus gok gok gok je minum air best ni.

Terliur tak terliur?

Meh la mai share resepi nak buat air sedap ni.Pejam mata pon boleh buat tau.
Hik tipu je kang korang pejam mata apa pon tak jadi.


 RESEPI PERFORMANCE DRINK + TEMBIKAI

bahan-bahan

-2 sudu performance drink

- Beberapa potong tembikai( terpulang nak banyak mane)

-250ml air masak@mineral

cara-cara
--------
blend semua bahan diatas sehingga sebati .

Then simpan dalam peti ais .

Atau pon korang nak minum terus tapi nak sejuk

Boleh taruk ais sebelom minum.

phewww sedapnya.

Terasa-rasa di tekak mai sekarang.


Ramai pulak yang tanya mai,performance drinks ni sesuai untuk siapa je?

Satu family boleh minum sayang.

Kalo suami atau ayah,abang, adik yang aktif bersukan,bagi la bekal sebotol sorang air ni.

Konpem cergas je time bersukan.

Yela berpeluh semua bahan kumuh terkeluar.

So kita ganti balik mineral-mineral dalam badan dengan performance drink.





Jom jadikan performance drink sebagai minuman seisi keluarga!

Mana nak dapat?

Boleh whatsapp mai untuk order.




Monday 5 March 2018

TIPS IKTHIAR HAMIL DARI DR HAMID ARSHAT

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Ada yang sedang ikthiar hamil di sini?Korang dah cuba tips-tips dari pakar sakit puan,Dr Hamid Arshat untuk ikthiar hamil?

Kalo belom,jom kita tengok apa tips-tips ikthiar hamil yang di kongsikan oleh Dr Hamid Arshat.

pemeriksaan doktor lebih awal

isteri yang mengalami masalah gangguan haid yang datang haid siket-siket atau berpanjangan boleh lakukan pemeriksaan awal dengan doktor pakar sakit puan untuk menentukan masalah haid korang.Senggugut yang teruk pon pergi check up.Mana tahu ada masalah lain yang kita tak tahu. Kadang-kadang masalah ketika datang haid nie yang mengganggu peluang korang untuk hamil.

✔ check up kesihatan bersama pasangan

mereka yang sedang  ber TTC,please lakukan check up kesihatan dan kesuburan bersama pasangan masing-masing. Check up sama ada ovum isteri berada dalam keadaan sihat atau tak, rahim berada dalam keadaan baik atau tak dan jugak kualiti sperm suami. Tak perlu salahkan sesiapa tapi kita usaha untuk meningkatkan peluang untuk hamil yea.


✔ waktu subur yang tepat

ada yang tak tahu nak check waktu subur tak? Untuk isteri yang mengalami pusingan haid yang teratur (28 - 30 hari dalam satu cycle period), waktu subur bermula dari hari ke 12 hingga hari ke 18. Nak senang korang boleh install period calendar di handphone masing-masing. Bagi yang mengalami period tak teratur pulak,sedikit kesukaran untuk mengetahui waktu subur korang. Tapi takpe,korang boleh cuba ovulation test untuk memudahkan korang tahu bila waktu subur korang.

✔ kerap berhubungan semasa waktu subur 

usahakan untuk kerap berhubungan semasa waktu subur sebab peluang untuk hamil tinggi masa ni tau. Boleh amalkan doa untuk mendapatkan zuriat dan amalan rohani yang lain supaya Allah makbulkan impian untuk memiliki zuriat sendiri.

✔ berada dalam keadaan tenang 

Elakkan stress dan sentiasa tenang untuk meningkatkan peluang untuk hamil. 

✔ kawal berat badan

dapatkan berat badan yang ideal. Hormon boleh terganggu bila berat berlebihan. Haa jangan kata habis dia tu gemuk boleh je mengandung. Jangan macam tu kawan. Mengandung ketika berat berlebihan pon ada risiko tau. Kita pon tak tahu apa yang orang lain lalui.So jangan compare dengan orang lain yea.

✔ makan makanan yang berkhasiat.

amalkan makanan segar dan jauhkan gula dan manisan.

✔ ambil vitamin 

amalkan multivitamin , Vit E dan folic acid untuk menghasilkan ovum yang sihat dan badan yang sihat sebelom hamil. Dan untuk suami boleh amalkan zinc dan selenium untuk meningkatkan kualiti sperm.


Cukup la dulu 7 tips untuk korang yang sedang ikthiar hamil.Jangan stress dan risau bila rezeki anak tak kunjung tiba. Allah lebih tahu bila keadaan yang sesuai buat kita. Doa banyak-banyak  dan nikmati kehidupan berdua sebelom bertiga.

selamat mencuba ❤




Saturday 3 March 2018

BETUL KE CEPAT PENAT TANDA KURANG COQ-10?

Assalamualaikum.Hi korang ❤

Pergi mana weekend macam ni?Bawak family berjalan ke?Mai kejap lagi nak pergi melawat pak mentua di hospital.Memang full aktiviti sepanjang minggu ni.

Badan pon sering penat.Bukan setakat sering,tapi mudah penat.Cepat mengantuk.Tenaga pon kurang. Eh aku ni dah kenapa.

Bila mai duk search sana sini,yela benda yang kerap terjadi dekat diri sendiri kan.Kena lah alert.Bila pikir balik ohh maybe sebab baru balik dari ulang alik jaga ayah di hospital. So penat la siket.Rehat 2 3 hari,ok la tu nanti.Tapi tidak.Tetap lah cepat penat,mengantuk,takda tenaga,

Search punya search rupanya tanda-tanda yang mai selalu hadapi seperti

✔Sering rasa lemah

✔Mudah penat/keletihan

✔Cepat mengantuk

✔Tiada tenaga

Adalah tanda-tanda badan mai kekurangan CoQ-10.

Eh tapi apa menda pulak CoQ-10 ni?

search lagi dan lagi,akhirnya jumpa apa itu CoQ-10.

CoQ-10 dan Coenzyme Q10  ada lah benda yang sama tau korang. CoQ-10 adalah nutrien yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular.

  Dan ia diperlukan oleh sel serta organ untuk berfungsi dengan baik. CoQ-10 jugak adalah  komponen penting dalam penghasilan tenaga.

Dah tu CoQ-10 ni terletak dekat mana?

Ianya terletak dalam 'mitochondria' iaitu stesen janakuasa atau dikenali sebagai jana tenaga sel. Jana tenaga sel ni pulak, paling banyak di jantung, sel otak dan hati. 

Macam mana CoQ-10 di hasilkan?

CoQ-10 dihasilkan secara semulajadi oleh badan tetapi merosot seiring pertambahan usia dan gaya hidup. Gaya hidup sekarang pon dah tak menentu. So makin cepat la CoQ-10 merosot.

Dah merosot macam mana pulak nak cukupkan CoQ-10 dalam badan?

Nak cukup,kita kena amalkan salah satu daripada list dibawah untuk cukupkan  100 mg CoQ-10 dalam badan.

✔3 kg daging merah

atau

✔100 cawan brokoli rebus

atau

✔100 sudu besar minyak canola

atau

✔3.3 kg mentega kacang


Mampu tak mampu?


Mai awal-awal surrender memang tak mampu nak ambek makanan banyak macam tu.Boleh muntah terbelahak tau tak.

So dah tak boleh,mai cari solution lain.

Dan akhirnya jumpa jugak .

Kenalkan kecik kecik tapi power!

CoQ-Trol plus ❤



Apa kebaikan CoQ-Trol plus ni?

✔tenaga yang berkekalan

✔peredaran darah yang sihat

✔meningkatkan kesuburan suami isteri

✔Kulit berseri

✔meningkatkan daya fokus dan sel-sel otak


Best tak best?Sebiji sehari pon dah cukup untuk cukupkan CoQ-10 dalam badan.

Tak caya jom tengok testimoni dekat bawah ni.👈



Korang ada masalah macam mai rasa?

nak cuba CoQ-Trol plus?

Jom whatsapp mai untuk order di 019-985 9490

atau korang boleh order sendiri di sini.

Dah cukup sampai sini.

 bye jumpa lagi next entri ❤

TAK BOLEH NAK WORDLESS WEDNESDAY SANGAT LAH

Assalamualaikum.Hi korang! Rindu betol nak berblog ni.Bersawang sana sini since mai pon senyap.Ambek masa nak bertenang selepas ujian d...